Jimatkan Petrol dengan Ubat Gegat ??

Memandangkan hari ini harga petrol yang tinggi disebabkan kenaikan harga minyak global dan faktor-faktor lain, maka bermacamlah cara dilakukan untuk penjimatan petrol yang optima. Antaranya menggunakan pil fuel saver. Nampaknya sekarang kereta pun ada pil tersendiri. Kaedah ini memang terbukti berkesan tetapi harga pil itu juga mahal dan kalau dikira tolak campur.. pi mai pi mai tang tu jugak… still kena keluar duit bergelen-gelen.

Ok.. sebenarnya ada satu cara istimewa yang diadaptasi daripada penggunaan pil penjimat petrol fuel saver tersebut… Mengikut kajian dan eksperimen oleh sekumpulan engineer syarikat automotive dan benda ni telah pon dibuktikan oleh mereka.. Iaitu kita boleh mengunakan UBAT GEGAT sebagai alternatif kepada penggunaan pil fuel saver. Ubat gegat yang dimaksudkan ialah yang berbentuk pil sebesar ibu jari tangan… yang kebiasaannya kita letak dalam almari atau laci untuk elakkan daripada serangga seperti lipas dan semut. Ubat gegat ini boleh didapati secara mudah dan murah dimana-mana pasar raya dan kedai runcit..

Cara-cara penggunaannya begini yang mesti diikut untuk kesan penjimatan yang optima,

  • Pergi mana-mana stesen minyak untuk mengisi petrol dan pastikan memilih jenis unleaded(tanpa plumbum) sahaja.
  • Sila buat isian sepenuh mungkin tangki minyak kereta anda.. sebabnya kita tidak mahu ada ruang udara dalam tangki minyak… cuba minimumkan atau kalau boleh tidak ada langsung ruang udara..
  • Bila tangki sudah penuh dengan petrol, anda terus memasukkan 2 biji ubat gegat yang berbentuk pil tadi kedalam tangki minyak dan tutup dengan ketat secepat mungkin… tujuannya nak kurangkan tidakbalas dengan gas dalam udara.
  • Ok lepas itu anda boleh pandu macam biasa.. dan pastikan anda telah resetkan meter mileage anda kepada zero untuk anda melihat keajaiban hasilnya nanti.

Cara ini telah terbukti berkesan menjimatkan 25%-30% pengunaan petrol oleh kereta anda dan tidak ada kesan sampingan langsung, malahan fungsi ubat gegat tadi adalah 99% sama dengan pil fuel saver yang dijual dipasaran..bezanya cuma bentuk fuel saver yang lebih kecil. Selamat mencuba..

Oleh spoket, USJ

73 Comments »

  1. hayad said,

    June 5th, 2007 at 7:57 am

    betoi ka ni? pnh cuba ka?

  2. KikiLala said,

    June 30th, 2007 at 6:07 pm

    Hurm.. Betul ke ni?
    Kang tak pasal-pasal tangki minyak aku
    meletup kerana tindakbalas kimia antara
    Ubat Gegat dengan Petrol… Dengan stesen stesen minyak
    tu sekali dibaham api…. Serrraaammm….!

  3. shima said,

    August 27th, 2007 at 12:20 pm

    boleh pkai kat motor ker..
    nak buat tp takut..
    betui ckap kikilala tu..

  4. jlobawjvlb said,

    September 10th, 2007 at 8:10 am

    Hello! Good Site! Thanks you! cyasulqibqupc

  5. gerigitan said,

    September 10th, 2007 at 1:06 pm

    ..dah ada sepa2 yg cuba ka petua ni… kalau ok nak try juga… tapi masih tak berani la… sepa da try tlg respon..ok

  6. sekentut said,

    September 28th, 2007 at 12:04 pm

    aku rase org yang da try petua nih xkan dpt nak respon kat ko la gerigitan..da arwah kot..huhu..kalu btol slmt, asal nk kne tutup tangki secepat mungkin..?aku pon ngeri lps bc “tutup dengan ketat secepat mungkin… tujuannya nak kurangkan tidakbalas dengan gas dalam udara.”.. (T.T)

  7. White said,

    September 28th, 2007 at 2:31 pm

    Tu tujuannya supaya dpt kesan yg maksima, tidak berbahaya.. aku dah cuba.. mmg mujabarab.. :D

  8. okewiyrpjs said,

    December 7th, 2007 at 12:35 am

    buy tramadol

  9. Mohmad Hussin said,

    December 12th, 2007 at 1:54 am

    Memang betol pasal kawan saya dan saya dah bertahun2 mengunakkannya..Mula saya x percaya,tapi mmng dia tiap kali balik penang dari melaka dia masokkan 2 biji dalam 4 wheel dia.Saya x slalu long distance tapi skali2 saya gunakkan.Tak der pon meletop.Very effective untuk long distance. x caya contact saya 019 6602930

  10. Rakan Sekentut said,

    December 27th, 2007 at 12:04 am

    Cammana menyukat kegunaan ubat gegat tuh? asal setangki jer sumbat 2 biji terus ke? kang tak pasal² aku buboh 2 biji dlm tangki moto aku jadik roket plak kang…haa…Sangkot kat Bumbung shell tak pon menara petronas nun atas sana.

  11. Eagles said,

    January 7th, 2008 at 5:16 am

    remove@sa-art.net

  12. simzal said,

    February 12th, 2008 at 3:28 pm

    aku dah try,mmg jimat giler..tp rasenye xboleh amalkan selalu/xdigalakkan..memudaratkan kesihatan kete.aku ada terbaca tindakbalas ubat gegat+petrol menghasilkan asid hidroklorik–>ejen penghakis.

  13. wandi said,

    February 20th, 2008 at 11:54 am

    pas ni mahal pulak la ubat gegat … jadi cam minyak masak shortage///.,,

  14. razor said,

    April 19th, 2008 at 1:40 am

    huhu… leh caya ka… sapa aja nih… xpa2… tggu pak lah resign baru minyak turun balik agaknya… sabo jelah… hahaha

  15. azmeeawang said,

    May 9th, 2008 at 4:47 pm

    ok beb. gua dah cuba, so far ok.

  16. taufiksallehcars said,

    May 14th, 2008 at 10:35 am

    Nak kancil atau kapcai tambah power ??? Untuk RM 5 korang campur dengan minyak masak sawit satu tudung botol air mineral, begitulah sukatan seterusnya… Minyak masak jenis lain pun boleh, janji minyak sayur, kalau malas
    nak isi mengisi additif ni korang beli jer magsaver, evomium ke, surbo ke, power sehayat kenderaan korang, apa2 lah magnet yg dijual lekat kat hos minyak ke enjin…

  17. Wanie said,

    June 6th, 2008 at 5:20 pm

    Sakng harga petrol dah tahap inflasi, sbb tak padan dgn income penduduk Malaysia iaitu salah satu negara pengeluar minyak dunia.. nampaknya kena bertukar kpd NGV.

  18. ALONG BIJAK GOMBAK said,

    June 8th, 2008 at 3:18 pm

    Ada lagi satu..untuk jimat minyak petrol…
    mcm ubat gegat jugak bendanya..gula2 mentos… cara-caranya:
    1)Masukkan gula2 mentos 2 biji dahulu sebelum isi minyak petrol.
    2)Kemudian masukkan lagi 2 selepas 10 liter.. agak je la..
    3) Terus sehingga penuhh…

    ok…. abih tu ape lagi.. terus jalan la…
    ‘Selamat’ Mencuba…

  19. bengong said,

    June 12th, 2008 at 4:23 pm

    sukahati korang je. ada geranti ke. x pasal-pasal keta baru aku meletup. sape nak bagi.

  20. Confusesssss said,

    June 12th, 2008 at 4:25 pm

    korang biaooor betuuuul….. kang tersumbat tangki minyak aku terus tak keluaq minyak….dah kira untung dah tu tak perlu pakai minyak….sampai bilaaa2 woiiiii…

  21. morazz said,

    June 21st, 2008 at 3:23 pm

    aku dah cuba kt keta aku dan keta bini aku. mmg jimat dan terbukti! ubat gegat x mendatangkan kesan sampingan! ramai yg x tahu psl kelebihan ubat ni. pada mulanya aku x percaya. memandangkan harga petrol dh naik dan membebankan rakyat skrg, aku xde pilihan dan terus guna ubat ni. boleh kontek aku di 0123027882 (radzi)

  22. amirpj said,

    July 14th, 2008 at 6:35 pm

    ye ke ni? betul ke ubat gegat blh tambah power kereta dan buat save minyak? entah2 kurang power ek?

    tapi aku nak cuba gak. hehe

    cuma nak tahu, jenama ubat gegat mana yang PALING bagus untuk kita letak dalam tangki minyak kete ni?

  23. Mamat Myvi said,

    July 15th, 2008 at 2:31 pm

    Aku dah cuba ke atas semua kererta aku…myvi, citra dan alfa romeo semuanya di dapati berkesan malah kereta alfa romeo aku yang selalu makan minyak dah okey dah..lancar

  24. Fizzie said,

    July 15th, 2008 at 2:34 pm

    memang jimat..aku pakai ubat gegat plain jenama fantes tu..memang berkesan. Aku masukkan 3 biji setiap RM10 minyak. Kalau tangki penuh Myvi aku aku masukkan 24 biji. RM80.00 petrol masukkan 24 biji le..Perghhhhh dia punya pergi lancar..selalu 400 km sahaja tangki penuh..dah pakai ubat gegat boleh pergi sampai 700 km lebih…itu pasal pelesit….lebih 110 km/j…kalau bawa 80km/j aku rasa jauh lagi boleh pergi….

  25. hantu said,

    July 19th, 2008 at 11:35 am

    Aku dapat tahu dari kawan aku , Zul (genius – yg reka banyak peralatan tu) kata kalau nak guna kena sukatan yg betul kerana ianya ada tindakan kimia di antara petrol dan ubat gegar (sulphur) , macam kita main meriam buluh letak belerang.

  26. hantu said,

    July 19th, 2008 at 11:39 am

    Ada bengkel kat Rawang tu lagi terror, mekanik dia boleh pasangkan alat guna air, kedai dia tak jauh dari tol keluar rawang, selepas dari stesyen petronas dan jumpa first traffic light belok kanan, kalau tak silap aku kedai yg ke 3 dari kanan. nama dia kalau tak silap orang panggil abang zali. Harga dlm lingkungan RM 30.

  27. persepsi said,

    July 22nd, 2008 at 9:55 am

    nak save minyak 30%. nanti hilang nyawa 100%. x gerenti aku…

  28. ntah said,

    August 11th, 2008 at 10:43 am

    hantu said,
    July 19th, 2008 at 11:35 am

    Aku dapat tahu dari kawan aku , Zul (genius – yg reka banyak peralatan tu) kata kalau nak guna kena sukatan yg betul kerana ianya ada tindakan kimia di antara petrol dan ubat gegar (sulphur) , macam kita main meriam buluh letak belerang.

  29. PHENOM said,

    August 15th, 2008 at 3:52 pm

    begini ceritanya :-
    ubat gegat tu bertindak sebagai mempercepatkan lagi pembakaran dlm sistem bahanapi. sebagai contoh,…kita ambil secawan petrol tanpa ubat gegat…dan secawan petrol lagi dgn ubat gegat. cuba nyalakan lighter dari jarak sekaki…secawan petrol tanpa ubat gegat tx kan menyambar api yg dinyalakan oleh pemetik api itu….cuba nyalakan pula kepada secawan petrol yg dah bercampur dgn ubat gegat dlm jarak yg sama…sekaki. pastinya api menyambar terhadap petrol yg bercampur dgn ubat gegat itu.

    so,…kesimpulannya disini ialah ubat gegat ni bila bercampur dgn petrol akan mengeluarkan gas yg boleh menyambar percikan api.(api drp plug).
    secara logiknya,…petrol akan dapat dijimatkan kerana berlaku pembakaran yg cepat dan tiada lebihan petrol yg tinggal dlm sistem pembakaran.(bakar habis) power dan pickup pastinya bertambah jika semua ini berlaku.

    aku rasa penerangan ini boleh membuatkan korang paham bagaimana ubat gegat itu berfungsi.

  30. sakura said,

    August 24th, 2008 at 9:54 am

    maksudnye, kalau kite lambat menutup tangki minyak…automatik kite jalan…huhu…anyway, maybe kite boleh modified ubat gegat tu spy lebih selamat. congratz kepada yg discover benda nih…

  31. teratai said,

    August 24th, 2008 at 11:23 am

    ubat gegat tu kene pilih btl2, skg ni ubat gegat ada dua jenis. satu guna p-diklorobenzena dan satu lg naphthalene. yg p-diklorobenzena ni xelok ckit coz pbakarannya mhasilkan acid hidroklorik yg boleh mhakis bhgian dalam engin. tapi naphthalene ni pun xelok jgk sbb engin boleh loaded d sebabkan deposit carbon kalu gune banyak sgt. kene pdai agak la berape byk nk gune..

  32. papai said,

    August 24th, 2008 at 7:53 pm

    aku pn pnah dgr gak psl hal ni.. member aku pn ade gak yg try.. mujarab.. tp, ade pndpt yg mngatakan bhw dgn cara ni, pmbakaran mnyk menjadi xsmpurna.. so kalo korg nk try, kene bw pelan2 sket ar.. haha.. tp ni pn pndpt2 yg xbrape nk sure kebetulannye.. jd, kalo lu nk try, lu try je.. kalu xnk, lu pnye hal.. akum

  33. APEN said,

    September 2nd, 2008 at 8:35 pm

    akum aku dah cuba ubat magik ni kat keta aku…tpi aku muskil sbb ubat magik ni x berfungsi kat enjin turbo aku……..hampehhhhhh….

  34. APEN said,

    September 2nd, 2008 at 8:42 pm

    sekarang aku cuba kat motor RXZ aku pulak….the result is betul2 jimat aku isi full tank leh sampai 250km jalan tu pun aku bukan jalan long distance… kepada sesiapa yg ingin bantuan sila sms 0143580558

  35. CB said,

    September 3rd, 2008 at 12:35 pm

    huiii…suke gak dgr, tp risau wooo..kang.. xsmpt nk raya.. ishhh..

  36. BROTHER PUCHONG said,

    September 7th, 2008 at 3:25 pm

    Bro Puchong dah cuba selama 5hari dari 1hb sept hasilnya mengkagumkan,peh aku balik kpg every week,jimat beb,purata aku pakai iswara je rm10 blh dapat 60km,biasa aku rm10 dapat 35-40km je.aku syorkan pakai.

  37. wan JB said,

    September 10th, 2008 at 8:48 am

    huh? ubat gegat? aku slalu gunakan penadol je.. sbb penadol ni selamat sket.. buktinye, boleh dimakan & melegakan kesakitan..

  38. Kawe said,

    September 11th, 2008 at 4:56 pm

    Langkah menjimatkan Petrol Kereta anda!

    1. Tidak menekan Pedal kereta minyak melebihi 3,000rpm

    2. Tidak memecut atau membrek secara tiba2 dan memandu dengan terburu2

    3. Mengelakkan memandu time puncak dan kurangkan pengunaan air cond

    4. Menukar gear mengikut kesesuaian atau kelajuan

    5. Memastikan tayar dalam tekanan yang sesuai

    6. Tidak membawa muatan atau barangan yang tidak diperlukan

    7. Tidak membara ruang kargo tambahan di bumbung kenderaan.

    8. Menggunakan penlincir yang mengikut spesifikasi pengeluar

    Selamat Mencuba!!

  39. fendi said,

    September 18th, 2008 at 10:57 am

    Baru-2 nie ada tengok mythbuster kat Astro nun, diaorang buat experiment, keta hanya jimat minyak tanpa ditutup tingkap jika kelajuan kurang drp 80 kmj, kalu lebih dr 80 kmj kena tutup tingkap dan buka a/cond.
    Pasai ubat gegat nie, saya dapat tahu 10 tahun yang lalu tapi saya pun masih ragu-ragu, kena bagi geng mythbuster buat demo dulu baru berani nak sumbat masuk tangki, hehehehe…..

  40. mr.eims said,

    September 19th, 2008 at 12:09 pm

    hohoh… aku dah try, tapi sikit je..patut la cm tak rasa sangat..setangki penuh aku letak 2bijik je.. pasni buleh la letak banyak sket.

    tapi dosage dia stakat yg aku baca, berlainan bagi ramai org. stengah letak 3 biji untuk rm10, stengah tu letak 2-4 bijik untuk RM5,

    nway..apesusah..aku try la sume.hehe.. lagipun ubat gegat nie bapehengget je la sepeket..murah giler banding dengan bende2 penjimat minyak kat pasaran. hohoh..

    orait..chow dulu..nak g borong ubat gegat.. :P

  41. asda said,

    October 6th, 2008 at 3:08 pm

    oo i pernah pakai. Memang terbukti, cuma sebiji rm5.. mahal gak. last sekali i guna yng kekal iaitu neomagnet, surbo n vakum switch (from engine Camry).. mm terbukti puashati prestasinya. diam tak diam sudah 21/2 aku pakai di kereta. Boleh cuba pa!

  42. mr.eims said,

    October 7th, 2008 at 4:22 pm

    dah try 1 jenama. nama sogo..hurm..ada kesan..heheh..tapi tak sepower yg korang cakap lg. & aku tak tau yg jjenama tu pakai neftalina atau diklorobenzena. well..pasni maybe aku try jenama lain plak. sebab sekarang nie tgh try bnyk bende, sebab tu tertunda2.ihsk2..

  43. netbiz said,

    October 9th, 2008 at 4:19 pm

    tok guru dah bagi ilmu … percaya sila gunakan
    tak percaya biarkan saja … ubat gegat murah betul2 jimat … iklanlah pulak

  44. CariGold.com said,

    October 10th, 2008 at 11:51 pm

    pergh… sini pun ada bincang paal ubat gegat ni ek. aku jumpa ada gak bincang kat forum carigold. ni link:

    http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=43779

  45. dak ganu said,

    October 11th, 2008 at 12:29 pm

    wokeh… aku dah yakin nak guna. aku baca-baca kat tenet ni start dari 2004 dah ada yang try dan sampai sekrang dok guna keta tu takde pape. dak motor pun ramai still guna. tak kisah jalan jauh atau jalan dekat.

    paling jadi aku yakin sebab forum orang luar negara pun dah cuba :)

  46. Castello_PNG said,

    October 16th, 2008 at 2:08 pm

    aku dh try…tp blh la nk sep minyak skit…mati???tkt apa?mati adalah hadiah dri Allah…k..salam///

  47. wan said,

    November 1st, 2008 at 8:03 pm

    dlu mase thun 1999 mmber gua bg ubt gegat nie,pahtu gua tnya wat ngan mende nie.die ckp msuk dalm tank motor z ko.die ckp jimat mnyak..gua letak jer….dan skrang timbul blk psal ubat gegat nie….tp nk letak kt kete ish…pk 2 kali beb…so lu pikirla sendiri…

  48. Casino 4920d93c76 said,

    November 17th, 2008 at 10:54 am

    Casino 4920d93c76…

    Casino 4920d93c76…

  49. man said,

    March 26th, 2009 at 11:39 pm

    biar btl boh ubt gegat.gua rs klu boh jg kena rajin top overhoul.brg2 dlm injin jd t’bakar

  50. Gorro said,

    September 27th, 2009 at 1:26 pm

    Memanglah menjimatkan minyak. Tapi aku rungsing enjinnya mudah terbakar. Kita pernah dengar kereta terbakar tanpa sebab dan eksiden sikit jer terbakar. Habis hangus tuannya. Berhati-hatilah kalau nak guna ubat gegat tu.

  51. aril1368 said,

    November 20th, 2009 at 4:33 pm

    kalau nak menjimat kan minyak..pakai basikal la….ubat gegat tu untuk serangge la….

  52. dhot said,

    November 24th, 2009 at 7:04 pm

    btul..btul.. setuju dgn Gorro!

  53. Mat formula said,

    March 21st, 2010 at 10:47 am

    apara merepak,dengarlah kalau meletup sapa nak tanggung,yang cakap pun tak ada bukti betul ke tidak.kang elok-elok ada kete terus takda.aku ada cara nak jimat petrol dimusim gawat ni lagi murah,mudah dan tak bahaya.kete ngan moto je cuba yg guna petrol klau diesel aku tak galakkan jadi apa2 tanggunglah sendiri.kete kene 1000cc atas je sebab bawah 1000cc jimat sikit je tak nampak kesan sangat nanti kata aku tipu lak,yang moto pun 100cc atas gak bawah 100cc lagi tak nampak kesan langsung.
    Sebelum aku bagitahu rahsia nak menjimatkan petrol ni korang kene isi minyak unleaded je kalau minyak lain tak jadi langsung lebih lagi minyak diesel sebab minyak diesel ada korozen aunstin yang tiada tindakbalas dengan formula aku ni.ok caranya……mula-mula……ape hah!…..alamak tadi aku ingat ni dah lupa lak……..alamak lupalah…ahhh…tensen yeee…!!!!!lupeeeee!!!!!!!!…..

  54. Amir said,

    May 9th, 2010 at 6:42 pm

    pancut je air mani dlam tangki petrol. senang cita..

  55. syamsul said,

    May 27th, 2010 at 2:21 am

    tahun 1984 dulu benda ni dah timbul..pakcik dah cuba, ada lagi teknik tutup saluran angin dengan guna roller yg ada kat lighter tu..macam2 kreativiti orang2 kite dari dulu lagi..tapi semuanye sekejap aje sebab secara teknikalnye takleh di buktikan..cian kat engineer punyalah fikir tau2 ada mamat bagitau guna ubat gegat aje..ha..ha…takyahlah nak try..yg paling penting dan telah dibuktikan secara teknikal ialah apabila kita memandu keta dengan kelajuan antara 90~100km, masa tulah performance keta kita dalam keadaan paling baik dari segi kecekapan dan penggunaan minyak yg paling minima…jgn ingat bawa pelan2 jimat minyak atau bawak laju keta lagi performed..

  56. ahmad mohd said said,

    July 14th, 2010 at 12:25 pm

    saya rasa awak maasuk kan berita penjimat minnyak ini kerancangan majalah tiga tv3,supaya semua rakyat Malaysia tahu dan kagum dengan idea awak yang pelik.

  57. mr max said,

    July 19th, 2010 at 9:10 pm

    mungkin boleh cuba pada kereta buruk yg tunggu masa nak kena buang…
    ahmad mohd said: i agreed with you!

  58. keyn said,

    October 7th, 2010 at 1:40 pm

    yerla..tuh..jimat…sedara aku penah cuba…bkn saja bole jimat…tp menghabiskan duit beribu kali ganda dr bole jimat 2-3 puluh tuh…dia kena overhaul habis enjin..sbb rosak.berani buat,nyesal tanggung la,,

  59. yuli darwati said,

    March 22nd, 2011 at 9:45 pm

    hai kawan2jangan cepat melatah…saya pernah dengar dari suami saya dan kawan2 dia,pernah ckap pasal ubat gegat ni la. ada perubahan tapi xbnyak la. sekurang2nya jimat la jugakkkkk…

  60. mat rambo said,

    October 2nd, 2011 at 3:34 am

    alhamdullilah setakat ni saya dah guna ubat gegat tak jadi apa menambah pick up dan save 50% pada motor EX5 saya….bubuh 3 biji untuk setiap rm5 minyak…ubat gegat ni sebenarnya dash digunakan dari zaman 90an lagi…..cuma skrg aku baru cuba bab tak tahan dgn harga minyak…hasil kajian aku ubat gegat ni memlancarkan pembakaran petro…berfungsi sebagai gas untuk memberi tekanan kepada piston kita…jadi petrol kita akan menggunkan seminimun yg mungkin…..ubat gegat juga mengambil masa dlm linkungan 1 jam untuk cair (hasil kajian dlm botol kecil) meresap seperti gas bersama-sama petrol…..cubalah kalu tak caya…..

  61. WhiteRabbit said,

    December 12th, 2011 at 2:44 am

    Bacalah untuk renungan bersama:
    http://news.google.com/newspapers?nid=2209&dat=19861026&id=5KErAAAAIBAJ&sjid=hPwFAAAAIBAJ&pg=4841,9451621

  62. muhammad khairul aizad said,

    December 24th, 2011 at 9:52 pm

    semua fikir harga minyak kereta naik, kos maintenance mahal..tapi lupa ada cara nak atasi kos urusan kenderaan….siapa sangka minyak kelapa sawit sebenarnya minyak enjin alternatif kenderaan…90% minyak kelapa sawit + 10% minyak enjin untuk satu enjin bagi perjalanan short distance.

  63. Fiz said,

    February 23rd, 2012 at 6:56 pm

    Aslm,
    mmg jimat & bagus petua ni. TAPI ubat gegat ni ada chemical yang beracun, asap motor yang dilepaskan dah cukup beracun, tambah dengan ubat gegat membahayakan penungang lain ketika motor brenti kat trepek lite.

    sstgah pendapat org “~ada aku kesah?” asalkn boleh jimat duit ak sudahlah… minyak dah naik harga kan!!

    kalo ade mat/minah genius yg boleh design ubat gegat versi organik kan bagus….

  64. KING said,

    April 12th, 2012 at 7:46 pm

    NO PROBLEM. !!!!

  65. KING said,

    April 12th, 2012 at 7:47 pm

    I ADA SATU KAWAN SUDAH CUBA !!! OK!

  66. bro art said,

    December 24th, 2012 at 7:18 pm

    Lau rasa dh cuba tu tawakal je la,huhu

  67. Mat G Mohd N said,

    March 1st, 2013 at 3:30 pm

    abis tu gegat nak guna ubat sape? dah korang guna ubat mereka utk kete korang.

  68. Psb Spykey said,

    August 24th, 2013 at 9:53 am

    aku dah cuba kt kereta. berkesan… aku guna hari-hari… perjalanan aku pegi tempat keje… dari jasin melaka ke seremban negeri sembilan. cara ini ckp berkesan dan menjimatkan.

  69. Gani Niberg said,

    February 13th, 2014 at 1:46 pm

    Thanks very much…satu kaedah yg menjimatkan minyak dan wang juga…kali ni ubat gegat pun akan naik harga kot…hehehe

  70. Fakhri Aiman said,

    May 10th, 2014 at 3:00 am

    jimat apanya sebulan RM100 tak nak gunalah

  71. Fakhri Aiman said,

    May 10th, 2014 at 3:00 am

    buat habis duit je

  72. Fakhri Aiman said,

    May 10th, 2014 at 3:01 am

    banyak lipas lah kat korang

  73. Muhammad Faiz Musran said,

    December 9th, 2014 at 12:14 pm

    sungguh kea?

RSS feed for comments on this post · TrackBack URL

Post a Comment