Nak kekal dalam bercinta

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu’, maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, ‘Maaf’, tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,’Kenapa anda ingin tahu?’

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Oleh Joseph Janting

13 Comments »

  1. jorah said,

    April 9th, 2008 at 5:44 pm

    No freaking way. I’m absolutely disagreeing. Next time when you post something think about reaction of readers.

  2. Umr said,

    May 7th, 2008 at 1:40 am

    i agree with u downthehill

  3. leen said,

    September 11th, 2008 at 2:20 pm

    i wonder if this true coz i don’t what love is….

  4. latha said,

    November 12th, 2009 at 4:36 pm

    hope this petua will be usefull

  5. sial said,

    October 19th, 2010 at 4:30 pm

    keduapulOhteGa ajak dIa maMpuS,spaYa Xdak di cuRik orAng

  6. hisyam said,

    December 20th, 2010 at 5:56 pm

    hmmm…dlam 90% kena pd sy apa y dperktakn…p x tau si dia nmpak ker x.. p sy lakukan dng ikhlas……..petua ni sangat berguna…mnaikkn smngat sy…thx sangt2

  7. linda said,

    January 16th, 2011 at 10:25 pm

    mintak izin nk share ye :)

  8. cactus cute.. said,

    March 2nd, 2011 at 12:48 pm

    my i x guna petua ni… 2 sebab ask kecundang…

  9. aisya said,

    June 28th, 2011 at 12:13 pm

    Sy mintak izin share yea petua ini…

    Ngee.. terima kasih~

  10. Asya Fendi said,

    August 15th, 2011 at 3:47 pm

    Hye Asya here! Bagi Asya, Asya baru 16 tahun so memang tak matang bab2cinta. Cinta kan Allah lagi bagus kan ^.^

  11. mamat said,

    October 9th, 2011 at 4:33 pm

    perempuan cam sampah…kecuali kaum kerabat n anak isteri aku..

  12. DuniaKita said,

    November 8th, 2011 at 11:28 pm

    To Mamat, xbaik lah cakap cam tu. Bukan semua wanita. Awak cuma belum ada rezeki je nak jumpa perempuan yang x cam sampah. Berdosa awak tahu tak, awak ckp macam tu. Macam bagus sgt je.

  13. no name said,

    November 29th, 2011 at 7:20 pm

    hak msing2 nak post apa kat blog dy. Sbgi pmbca tu, bca jaa laa, jgn nk ckp bkn2. Itu kan opinion dy. Nway, , gud point pals. ? :-)

RSS feed for comments on this post · TrackBack URL

Post a Comment